Penyejuk hati

himpunan doa

8.02.2012

Peliharalah Solatmu



Peringatan buat semua..
Sekiranya telah masuk waktu solat, 
BERHENTILAH BUAT KERJA seketika..BERHENTILAH.. 
Fokuskan tumpuan kamu untuk laksanakan Solat !!
“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”
Sampai hati kamu mengeluarkan kata-kata sebegitu..
Apakah kamu lupa, Siapakah yang memberi REZEKI dan KEJAYAAN ?
Ya, “ ALLAH  ” 
Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)
Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat.. Tapi dengan satu syarat..
“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang.. Tanpa bantahan..” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah..
Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”
Allah berjanji..
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat,
(23:1-2)
fahamkah kamu ?
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
DILEWAT-LEWATKAN..
DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….
“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”
Terima kasih atas soalan itu..
Jawapannya mudah,
“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”
Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;
“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)
Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya..
Rehat sepuas-puasnya..

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka?
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..
Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja, Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat ..
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)
Pelajar juga adalah pekerja.
Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.
Periksa diri masing-masing termasuk saya..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..
kita selalu tinggalkan solat ??
atau kita selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??
Dalam erti kata yang mudah,kita tidak serius menjaga solat??
Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??
Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??
Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..